Dari Hati Ke Hati
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera.
Kami bagi pihak
pengendali Blog Wan Zaini Rahmat dengan hormatnya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada anda yang sudi melayari Blog ini.
Sukacita kami
maklumkan bahawa blog ini lebih kepada memberi
atau menghulurkan sumbangan daripada mementingkan keuntungan sejauh yang mampu
kami berikan
Kami berdoa dan
berharap semoga menerusi saluran ini kami dapat menghulurkan sumbangan bakti
kepada sesiapa yang memerlukannya demi kesejahteraan hidup.
Kami juga
sentiasa mengharapkan untuk mendapat sumbangan buah fikiran dan pandangan yang
membina dari semua pihak demi kelancaran dan kesempurnaan khidmat kami menerusi
Blog ini yang diharap dapat memberi kebajikan yang tinggi dan berharga di sisi
Allah.
Oleh itu kami berharap
marilah kita meringankan tangan untuk menghulurkan bantuan dan kerjasama membina sebuah
kehidupan sejagat yang aman dan sejahtera demi mencari keredaan Allah.
Sekian, diakhiri
dengan doa dan harapan semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada kita
semua.
Salam Hormat Dari
Kami...
Wassalam.
Wan Zaini Rahmat
0 comments:
Post a Comment