DATO' DUSUKI HJ AHMAD ZAMAN MUDANYA

0 comments




DATO’ DUSUKI HJ AHMAD ZAMAN MUDANYA



Dato’ Dusuki Hj. Ahmad adalah orang Kelantan. Beliau pernah bergiat cergas di Kelantan pada zaman mudanya. Waktu itu beliau terkenal dengan panggilan Ustaz Dusuki.

Kami ada menyimpan sedikit foto-foto beliau ketika itu, dan supaya tidak membazir, kami siarkan beberapa keping darinya, semoga memberi manfaat jua.

Kami juga mengambil kesempatan menyiarkan bersama ini sekeping foto bekas EXCO Negeri Kelantan, zaman pemerintaha BN, Hj, Mansor Saleh

Sekian- Mohd Zain Saleh


 A.Dato, Dusuki










B] Hj.Mansor Saleh






Lorong Masjid Al-Qasimi,
Kampung Kubang Siput,
Kota Bharu Kelantan

GELAS AVON

0 comments







GELAS AVON





AVON ialah pengeluar dan pengedar barang-barang kecantikan yang popular di seluruh dunia.

Ia mempunyai ramai peminat, pengguna dan pengedar di Malaysia.

Sejauh yang diketahui AVON sering mengeluarkan barang-barang berupa hadiah dan cendera hati terutama untuk disampaikan kepada pengedar-pengedar  yang telah berjaya mencapai target sasaran jualan.



 
Berhubung dengan hal ini, kami mempunyai sebuah gelas Avon yang masih baik. Menurut apa yang tercacat  pada gelas itu tarikh pengeluarannya ialah tahun 2000.

Kami sedia melepaskan gelas nostaglia ini kepada peminat, pengguna Avon atau sesiapa sahaja yang ingin memilikinya dengan persetujuan bersama.

Sekian terima kasih.

PARANG PUTING

1 comments







PARANG PUTING


Parang ialah sejenis alat yang digunakan oleh para petani dan orang-orang kampung untuk membantu mereka bekerja.
Setiap alat yang bernama sudah tentu mempunyai rupa atau bentuknya yang tersendiri yang berbeza antara satu sama lain.




 Parang Puting tanpa hulu




Parang diperbuat daripada besi dan berhulu, sesuai dengan peranannya untuk mengerat atau memotong benda-benda keras seperti batang-batang kayu.


Parang juga digunaka untuk mengopek atau mengoyak kulit kelapa dengan mudah dengan hujung matanya yang tajam, tapi pendek.


Bentuknya melengkong di bahagian bawah atau bahagian matanya, diberi hulu yang diperbuat dari kayu sebagai pemegangnya.


Di negeri Kelantan, parang ada beberapa jenis selain daripada parang yang digunakan untuk alat-alat biasa oleh para petani, antaranya parang calung, yang bentuknya cantik dan menggerunkan kerana digunakan sebagai senjata, dengan matanya yang tipis dan tajam kerana itu tidak sesuai untuk digunakan sebagai alat pertanian.


Parang biasa yang digunakan oleh orang-orang kampung itu akan menjadi lebih istimewa bila hulu atau batangnya yang diperbuat dari besi yang  bersambung dengan mata parang dan diselimut dengan kayu itu patah tanpa diusahakan untuk mematahkannya.





Parang yang patah hulu besinya itu tidak lagi dipanggil parang semata, tapi parang puting iaitu barang tanpa hulu.


Pada masa dulu orang-orang kampung mencari dan berebut-rebut untuk mendapat parang puting yang jarang berlaku walaupun parang itu telah tua usianya, kerana yang biasa musnah ialah matanya menjadi sumbing, atau tumpul kehausan dan  bukan ulu besinya yang patah.


Mereka suka menyimpannya di di mana-mana bahagian rumah kerana mempunyai kepercayaan  yang tersendiri.


Kami rasa generasi kini boleh melanjutkan tradisi tua itu dengan menyimpannya secara yang lebih cantik dan baik, antaranya dengan meletakkannya dalam sesuatu bekas yang khas, seperti berupa sebuah kotak, kemudian digantungkan di mana-mana bahagian dinding rumah, dan ini sudah tentu akan kelihatan lebih menarik sebagai sebahagian daripada bahan antik, setelah parang itu dicuci bersih dan dihilangkan karat-karat yang membalutnya.


Dalam hal ini, kami sedia melepaskan parang ini kiranya ada persetujuan bersama dengan sesiapa atau mana-mana pihak yang ingin memilikinya.
Sekian.



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Kubang Siput, Parit,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.




FOTO-FOTO INSPIRASI SEJARAH

0 comments




FOTO-FOTO INSPIRASI SEJARAH


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,

Harap maaf kerana sudah lama blog ini ketinggalan. Sedangkan kami masih
menyimpan selonggok foto-foto yang boleh disiarkan untuk memabca melihatnya. Tapi oleh sebebab kesempitan waktu untuk memilih foto-foto itu mana yang lebih sesuai, dan kerana Internet yang sering kehilangan tenaga, maka rancangan menjadi tergendala.

Untuk kali ini kami siarkan beberape keping foto untuk tatapan anda. Sekian terima kasih.

Salam hormat takzim dari kami.

1 & 2
3.



4.



Keterangan Foto:

1.Bekas MB. Kelantan Dato' Hj. Mohammed Yaacob 
melawat projek pertanian.

2.Dato' Hj. Mohammed Yaacob
& Tg. Ahmad Rithaudin melawat penduduk kampung.

3.Tg.Ahmad Rithauddin, bekas Menteri Kerajaan Pusat,
menyampaikan hadiah kepada pelajar Noorbaiti Zaini.

4.Dato' Hj, Mohammaed Yaacob
sedang menganggkat wuduk





Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Parit,
Pasir Tumboh, Kota Bhawru, Kelantan.



JOHAN QARI ANTARA BANGSA 1962

0 comments



QARI-QARI DARI KELANTAN


Kali ini kita siarkan foto dua orang Qari dari Negeri Kelantan Darulnaim.untuk perhatian anda yang dikasihi.


Foto Pertama:


Seorang Qari sedang membaca al-Quran.


a]Siapakah Qari itu?


b]Di mana


c]Bila?


d]Dan di majlis apa?


 
Foto Dua:


Johan Membaca al-Quran Peringkat Antara Bangsa 1962/1381
Mohamed Yusuf Abdullah dari Kelantan.


Sekian. Selamaat sejahtera kepada anda semua,







0 comments



 

FOTO  MERAKAM DUA PERISTIWA


Bersama ini dikembarkan dua foto yang merakam peristiwanya yang tersendiri untuk dinikmati oleh : para pembaca.

Foto Satu:



Gotong Ruyung Memberish Masjid Jedok, Tanah Merah.
Bila?
Foto:Kiriman Mohd Zain bin Shafii,
Tanah Merah.


Foto Dua:





Foto Lebuh Raya Pasir Mas-Rantau Panjang dalam pembinaan.
Masa itu kosnya dikatakan RM 9 juta?

 
Salam sejahtera dari kami.
 
Lorong Masjid, Kg.Kubang Siput, P.T,
KB.Kelantan.






FOTO TUNKU ABDULRAHMAN

0 comments


FOTO TUNKU ABDULRAHMAN DAN LAINYA

Assamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Untuk kali ini kita siarkan dua keping foto untuk mengisi ruangan ini, untuk mendapat perhatian anda.

FOTO [1.]



 Keterangan:

Allahyarham Perdana Menteri Malaysia Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra nampaknya sedang menulis sesuatu. Di sebelah kalah belau ialah Allahyarham Dr. Abdul Aziz.

Soalanya:

a.Siapakah mereka yang selebihnya?

b.Utuk majlis apa?

c.Di mana

d. Bila?




a.Siapakah


FOTO [2]



Keterangan:

Dari kanan ke kiri:: No satu, Nik Mohd Amin Bin Nik Ali, No empat dari kanan: Allahyarham [Datuk] Hj. Nik Hassan Yahya, no lima dari kanan, Allahyarhan [Datuk] Hj. Hassan Yaacob.

Soalannya:


a] Siapa yang lain-lain lagi?

b] Di mana?

c] Di majlis apa?.

d] Di mana?

e] Bila?

Wassalam. Sekian