PARANG PUTING








PARANG PUTING


Parang ialah sejenis alat yang digunakan oleh para petani dan orang-orang kampung untuk membantu mereka bekerja.
Setiap alat yang bernama sudah tentu mempunyai rupa atau bentuknya yang tersendiri yang berbeza antara satu sama lain.




 Parang Puting tanpa hulu




Parang diperbuat daripada besi dan berhulu, sesuai dengan peranannya untuk mengerat atau memotong benda-benda keras seperti batang-batang kayu.


Parang juga digunaka untuk mengopek atau mengoyak kulit kelapa dengan mudah dengan hujung matanya yang tajam, tapi pendek.


Bentuknya melengkong di bahagian bawah atau bahagian matanya, diberi hulu yang diperbuat dari kayu sebagai pemegangnya.


Di negeri Kelantan, parang ada beberapa jenis selain daripada parang yang digunakan untuk alat-alat biasa oleh para petani, antaranya parang calung, yang bentuknya cantik dan menggerunkan kerana digunakan sebagai senjata, dengan matanya yang tipis dan tajam kerana itu tidak sesuai untuk digunakan sebagai alat pertanian.


Parang biasa yang digunakan oleh orang-orang kampung itu akan menjadi lebih istimewa bila hulu atau batangnya yang diperbuat dari besi yang  bersambung dengan mata parang dan diselimut dengan kayu itu patah tanpa diusahakan untuk mematahkannya.





Parang yang patah hulu besinya itu tidak lagi dipanggil parang semata, tapi parang puting iaitu barang tanpa hulu.


Pada masa dulu orang-orang kampung mencari dan berebut-rebut untuk mendapat parang puting yang jarang berlaku walaupun parang itu telah tua usianya, kerana yang biasa musnah ialah matanya menjadi sumbing, atau tumpul kehausan dan  bukan ulu besinya yang patah.


Mereka suka menyimpannya di di mana-mana bahagian rumah kerana mempunyai kepercayaan  yang tersendiri.


Kami rasa generasi kini boleh melanjutkan tradisi tua itu dengan menyimpannya secara yang lebih cantik dan baik, antaranya dengan meletakkannya dalam sesuatu bekas yang khas, seperti berupa sebuah kotak, kemudian digantungkan di mana-mana bahagian dinding rumah, dan ini sudah tentu akan kelihatan lebih menarik sebagai sebahagian daripada bahan antik, setelah parang itu dicuci bersih dan dihilangkan karat-karat yang membalutnya.


Dalam hal ini, kami sedia melepaskan parang ini kiranya ada persetujuan bersama dengan sesiapa atau mana-mana pihak yang ingin memilikinya.
Sekian.



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Kubang Siput, Parit,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.




0 comments:

Post a Comment