Bulan ini, bulan Rabiulawal 1434, bulan kelahiran nabi besar kita, Muhammad
S.A.W. yang mulia. Andainya kita tinggal di kampung-kampung, hampir setiap hari
kita akan menerima undangan dari jiran-jiran dan kawan-kawan untuk menghadiri
majlis sambutan Maulud Rasul yang mereka anjurkan bertempat di rumah mereka.
Di majlis itu selain daripada para jemputan dijamu makan nasi, juga yang
pentingnya diadakan bacaan Selawat yang khusus memuji-muji Baginda S.A.W., berdasarkan
lirik dalam bahasa Arab yang telah terdapat sejak turun temurun lagi yang
dibaca dengan nada-nada lagu yang tertentu.
Tengah hari kelmarin, Jumaat 1 Febuari 2013, dalam perjalanan balik
dari Solat Jumaat, kami singgah di
sebuah rumah jiran yang tereletak di pinggir jalan kampung, Sungai Siput, KB
untuk memenuhi undangan menghadiri majlis sambutan Maulud Nabi.
Setelah semua para jemputan hadir dan seperti lumrahnya duduk besila di
atas lantai untuk memulakan acara. Seorang ketua yang akan memimpin majlis itu
yang dipanggil Syikh memulakan majlis dengan memperdengarkan suaranya dengan
bacaan “rawi”., yang mengandungi sirih
Nabi S.A.W.
Kami sebenarnya sudah lama benar tidak mendengar bacaan “rawI” di majlis
sambutan Maulud Nabi. Di mana-mana pun majlis Maulud yang kami hadiri tidak pernah
kami mendengar bacaan rawi, termasuk juga di rumah kami sendiri, dan hanya
kelmarin kami mendengarnya. Biasanaya di mana-mana pun majlis sambutan Maulud sejak kebelakangan ini yang
diadakan hanya dipenuhi dengan bacaan
Selawat secara beramai-ramai para jemputan sahaja.
Kemudian selepas bacaan rawi peringkat pertama selesai, kami semua berdiri dan
memulakan bacaan Selawat Nabi beramai-ramai seperti biasa, seolah-olah kami sedang
menyambunt kunjungan Baginda Rasulullah S.A.W. ke majlis kami itu. Nada bacaan
Selawat berbeza dengan kebanyakan di tempat-tempat lain, kerana ia dilagukan
dengan nada penuh gembira untuk mrnyambut ketibaan seseorang yang mulia,
bukannya mendayu-dayu dan meratap hiba seperti biasa.
Selepas selesai berSelwat kami duduk bersila semula, dan bacaan rawi
disambung lagi oleh beberapa orang yang memilih bab-bab yang tertentu yang
berlainan pula.
Ketika berSelawat itu, pihak tuan rumah mengedar bunga rampai kepada para jemputan yang sedang berSelawat itu. Hari itu bunga rampai yang wangi itu di“cantum” atau dibungkus kecil-kecil. Biasa juga bunga rampai itu dibahagi-bahagikan begitu sahaja secara berberai-berai tanpa dibungkus dengan diletak diatas tapak-tapak tangan hadirin yang membukanya terlebih dahulu.
Setelah bacaan rawi kali yang kdua itu selesai, tuan Syikh pun memabca doa
khusus sebagaimana yang terdapat dalam kitab rawi tersebut.
Setelah bacaan doa selesai, setiap para jemputan diberikan pula olih-ol
ih untuk dibawa pulang ke rumah yang disediakan khas untuk majlis itu. Hari itu olih-olihnya
seperti biasa, pulut kuning, telur dadar yang dimayang halus-halus dan diberi warna
pula.
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah, dan terima kasih kepada tuan rumah yang
dihormati.
Sallahahu ala Muhammad, Sallahu alaihi wasallam.
0 comments:
Post a Comment