[Klik 1]
Berlalunya bulan Ramadan, dan akan sirnanya bulan Syawal yang di dalamnya terdapat hari besar Aidilfitri tidaklah bererti berakhirnya segala amal ibadat yang mulia yang telah ditunaikan di sepanjang bulan Ramadan yang pernuh keberkatan itu. Malah ianya akan terus dikekal dan diperbaharui dari masa ke masa sebagai sebahagian daripada ciri-ciri kehidupan kita sebagai seorang Muslim dalam usaha untuk mendamba keampunan dan keredaan-Nya.
Berlalunya bulan Ramadan, dan akan sirnanya bulan Syawal yang di dalamnya terdapat hari besar Aidilfitri tidaklah bererti berakhirnya segala amal ibadat yang mulia yang telah ditunaikan di sepanjang bulan Ramadan yang pernuh keberkatan itu. Malah ianya akan terus dikekal dan diperbaharui dari masa ke masa sebagai sebahagian daripada ciri-ciri kehidupan kita sebagai seorang Muslim dalam usaha untuk mendamba keampunan dan keredaan-Nya.
Untuk terus beramal di jalan yang benar dan unggul seperti yang
direncanakan itu memerlukan kesungguhan dan kegigihan dengan niat yang tulus
dan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Tanpa kesungguhan dan kegigihan sudah
tentu tidak akan berhasil, dan tanpa keikhlasan pula semua usaha yang dilakukan
itu akan sia-sia persis debu-debu di atas tunggul mati yang akan diterbangkan
oleh angin keras, melayang-melayang entah ke mana-mana.
Alangkah bahagainya orang yang menjadikan bulan Ramadan sebagai
wadah untuk mempertingkatkn amal ibadat dan menjadikannya sebagai jambatan
untuk meneruskan kesenisambungannya untuk masa-masa akan datang yang panjang
sejauh usia yang dikurniakan. Andainya anda kini berusia 30 atau 50 tahun, maka
bererti sudah lama anda menunaikan ibadat puasa, dan kiranya anda terus
istiqamah dengan aamalan-amalan mulia anda lakukan di sepaniang bulan Ramadan
di bulan-bulan berikutnya, maka sudah tentu bererti anda telah mencapai
tahap-tahap keruhanian yang unggul dalam menunaikan ibadat kepada Allah SWT.
Dalam bahagian pertama yang lalu, kita telah utarakan petikan
saranan Ustaz Zainudin Hashim beberapa langkah yang perlu diambil untuk
membolehkan kita terus beristiqamah beribadat di luar bulan Ramadan. Pada kali ini
izinkan kita siarkan sedikit lagi saranan-saranan beliau yang amat berguna untuk menjadi renungan kita bersama dalam usaha untuk mencari keredaan Allah.
Kepada yang mulia Ustaz Zainudin Hashim kita rakamkan ribuan terimakasih di
atas pendapat-pendapat beliau yang bernas itu yang sepatutnya mendapat
perhatian kita semua.
Beliau menyarankan supaya kita membaca kitab suci al-Quran, dengan dimulai
menghafaz surah-surah pendek dan menghafaz ayat-ayat penting sebagai pendinding
diri seperti ayat Qursi, surah al-Mulk dan Yassin.
Memperbanyakkan zikir dan wirid, terutama zikir Ma’thurat susunan
Imam Syahid Hasan al-Bana.
Menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan
hati, seperti bergaul dengan golongan maksiat, menonton filem lucah, membaca
majalah-majalah yang boleh melalaikan seperti majalah hiburan dan sebagainya, mendengar
muzik yang melalaikan dan banyak lagi perkara-perkara yang boleh merosakkan
hati yang perlu dijauhi.
Bertaubatlah kepada Allah SWT dengan segera dengan menyesali
perkara yang telah dilakukan yang bertentangan dengan hukum syarak, dan berazam
tidak akan mengulanginya lagi di masa-masa akan datang.
Menyesali perbuatan menghadiri program-program maksiat seperti
hiburan yang melalaikan atau sukan yang menghalang diri daripada menunaikan
solat lima waktu.
Berhentilah daripada merokok, terutama jenama rokok Yahudi yang
mengumpul dana untuk membeli senjata untuk membunuh saudara-saudara Islam di
Palestin, Lubnan dan di tempat-tempat lain di seluruh dunia.
Dan dengan gigih meninggalkan segala tegahan dan larangan Allah
serta Rasulullah saw. dan bersedia untuk melakukan segala perintah dengan penuh
tanggungjawab dan pasrah kepada Allah dan Rasul-Nya.
Seterusnya beliau menegaskan, “Misi dan visi Ramadan seperti yang
dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran adalah untuk melahirkan golongan
orang-orang yang bertakwa [muttaqin], kerana golongan ini sahajalah yang layak
untuk menghuni syurga Allah SWT.
“Golongan inilah berada pada kedudukan tertinggi dalam kalangan
orang-orang yang beriman, kerana mereka adalah golongan yang sanggup dan mampu
melaksanakan segenap perintah Allah dan rela meninggalkan segenap larangan dan
tegahan-Nya”.
Amin. Semoga kita termasuk dalam golongan yang mulia itu, sanggup
melaksanakan segala perintah Allah dengan penuh kerelaan hati, sebagai seorang
muttaqin, baik berupa perintah atau larangan-Nya.
“Ya Allah ampunilah kami orang-orang Islam lelaki dan perempuan,
orang mukmin lelaki dan perempuan masih hidup dan telah mati.
“Jinakkanlah di antara hati kami dan perbaikilah hubungan antara
kami. Dan tolonganlah kami dalam menghadapi musuh Engkau dan musuh kami.
“Dan tunjukkanlah kami jalan yang selamat dan sejahtera. Dan keluarlah kami dari kegelapan kepada cahaya yang terang dan jauhilah kami dari segala yang keji, baik yang nyata dan yang tersembunyi
“Dan tunjukkanlah kami jalan yang selamat dan sejahtera. Dan keluarlah kami dari kegelapan kepada cahaya yang terang dan jauhilah kami dari segala yang keji, baik yang nyata dan yang tersembunyi
Ya Allah! Jatuhkanlah azab ke atas orang-orang kafir dan
orang-orang munafik yang menolak, yang menghalangi jalanmu dan yang menukar
ganti agama-Mu. Dan mereka memushui orang-orang Mukmin, dan pecahbelahkan dan
porakperandakan antara hati-hati mereka. Dan jadikanlah kehancuran dalam pentandbiran
dan strategi yang mereka atur sendiri”.
Doa ini diubahsuai sedikit dan dipetik daripada tek khubtah
Aidilfitri Majlis Agama Islam Kelantan [MAIK].
Sekian.
0 comments:
Post a Comment