Sejak
kebelakangan ini penggunaan sihir atau black magic kian banyak dipergunakan
oleh orang –orang yang bertujuan jahat
untuk membinasakan orang-orang lain yang tidak mereka sukai, orang-orang yang
mereka cemburu atau irihatikan.
Dalam sihir ini mereka meminta pertolongan tok-tok bomoh yang Islam dan juga yang bukan Islam yang memohon pertolongan syaitan dan jin untuk melaksanakan maksud jahat tersebut.
Maka dengan itu
lahirlah pula pengamal-pengamal perubatan Islam yang bertujuan untuk melawan
atau menentang sihir-sihir jahat itu.
Salah satu daripadanya ialah Darus Syafifi, yang terletak di Pengkalan Chepa Kelantan yang merawat orang-orang yang terkena sihir dan juga berbagai-bagai jenis penyakit jasmani yang lain.
Saya rasa, cara rawatan sihir yang dijalankan di sini berbeza sedikit daripada cara yang pernah dilihat. Biasanya pengamal perubatan akan memicit, mengurut atau mengetuk mana-mana bahagian badan yang dipercayai disarangi oleh jin, seperti di bahu, di lutut dan sebagainya. Tapi di Daru Syafifi, pengamal tidak berbuat demikian.
Di sini caranya berbeza sedikit. Perawatnya akan menarik turun segala jin-jin yang menempati mana-mana bahagian badan pesakit dan meletaknya di hujung tapak kaki kanan dan kiri, dan dari situlah jin-jin yang jahat itu di keluarkan dari badan pesakit dengan kaedah yang tertentu dan dengan kerjasama pesakit.
Oleh itu cara ini tidaklah begitu “menyusahkan” pesakit sebagaimana rawatan yang biasa yang pernah dilihat.
Untuk tujuan tersebut Darus Syafifi mengeluarkan sejenis air penawar yang terdapat di pasaran yang juga berguna untuk merawat penyakit-penyakit jasmani yang lain.
Walau bagaimana pun, berhati-hatilah kerana ada pula gologan-golongan tertentu yang mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain dengan pura-pura menjadi pengamal perubatan untuk menolong orang yang kesusahan itu dengan menwar berbagai-bagai khidmat yang kelihatan cantik, sedangkan mereka sebenarnya mencari peluang untuk memangsakan mereka yang ditimpa kesusahan itu. Semoga dijauhkan Allah.
0 comments:
Post a Comment