Di mana-mana sahaja di
negara kita sejak kebelakangan ini, ada Pasar Tani asalkan di kawasan tersebut
ada penduduk yang agak ramai, seperti di kawasan-kawasan perumahan. Ia banyak
menolong penduduk-penduduknya untuk membeli-belah barang-barang keperluan mereka,
seperti makanan, barang-barng keperluan rumah dan juga barang-barang keperluan
dapur.
Demikian juga
dengan di projek perumahan Saujana Utama, Sungai Buluh, ada Pasar Tani setiap
hari Sabtu, bermula dari 7.00 pagi sampai ke pukul 12.00 tengahari.
Pagi tadi kami
berkunjung ke Pasar Tani tersebut yang tidak begitu jauh daripada tempat
tinggal kami. Sebenarnya keluarga saya dalam proses perpindahan ke Saujana
Utama, untuk memulakan kehidupan di tempat baru ini, di sekeliling suasana dan
jiran tetangga yang baru.
Pasar Tani
Saujana ini boleh dikatakan besar juga, memanjang di tepi kanan dan kiri jalan
berhampiran dengan sekolah.
Macam-macam
barangan dijual di situ, terdiri dari aneka
makanan, nasi dan kueh-mueh, lauk-pauk, ikan, ayam dan daging, serta pakaian,
seluar baju, lelaki dan perempuan.
Tidak ketinggalan juga pokok-pokok sayur dan pokok-pokok herba, dan ubat-ubat tradisional.
Saya beli sepohon pokok herba yang dikenali dengan nama belalai gajah, yang memang telah lama saya dengar namanya, tapi tidak pernah melihat rupanya. Hanya di Pasar Tani ini saya melihat rupanya dijual oleh seseorang yang datang dari negeri Melaka.
Di samping itu
kami juga membeli makanan-makanan dan nasi belauk yang berkebetulan ramai juga
orang senergi dengan saya, Kelantan membuka gerai berjualan di Pasar Tani itu.
Seperti biasa, ada nasi kerabu, nasi dagang, nasi putih, laksa, lompat tikam,
pulut lepa, apam balik dan sebagainya.
Kami juga membeli
sekor ayam. Yang kami tak faham, ketika ayam itu ditimbang, ia ditimbang
bersama-sama dengan kedua belah kakinya, tapi bila ayam itu hendak diserahkan
kepada kami setelah diberitahu berat dan harganya, kedua-dua belah kaki ayam
itu dipotong dan disimpan oleh penjual,
untuk dijualnya kepada orang lain pula.
Kenapa begitu
cara? Kami segan nak bertanya, sebabnya semua pembeli bersama-sama dengan kami
pun tidak menunjukkan apa-apa reaksi dan sudah biasa begitu agaknya.
Kami juga perhati pada setiap payung gerai itu tertulis perkataan “PERTANIAN SATU PERNIAGAAN”, tapi di Kelantan slogannya jauh berlainan, itu lebih kurang ‘PERTANIAN ITU SATU IBADAT”. Dua slogan yang membawa makna yang berbeza.
Mana-mana mereka
yang belum pernah sampai ke Kelantan, silalah lapangkan masa dan pergilah,
kerana di sana masih banyak lagi perkara-perkara menarik yang anda boleh lihat
dan jumpai.
Mek-mek pun masih
cantik-cantik dan manis serta berbudi bahasa, makanan-makanan yang enak, dan barang-barangnya
maish murah........
0 comments:
Post a Comment