KUALA LUMPUR BERHUJAN DARI JENDELA SEBUAH HOTEL
Waktu kami sampai di sebuah hotel di ibu negara semalam, Isnin 17 Disember, dan masuk ke bilik, bila kami membuka tingkap, cuaca di langit ibu negara masih boleh dikatakan baik dalam waktu di ambang petang.
Tapi beberapa minit kemudian, daripada jendela tingkat 24 hotel ini kami lihat suasana langit di luar tiba-tiba berubah, mendung menutup wajah, langit tiba-tiba menjaid gelap. Menara berkembar mulai mengabur dalam pandagan.
Dan akhirnya Menara Berkembar itu terus kabur dari pengelihatan ditelan oleh kegelapan yang tiba-tiba menyelubungi langit Kuala Lumpur yang menyimpan ribuan rahsia yang tidak dapat dijangkau oleh akal manusia.
Tapi kemudiannya kegelapan berangsur hilang dan pandangan menjadi bertambah jelas, sehinggalah kegelapan menjelma bila malam menyelungi buana.
Namun, lampu-lampu yang sehebat mana sekalipun ciptaan manusia tidak mampu untuk menerangi kegelitaan anugerah Allah kepada hamba-hamba-Nya yang memahami rahsia dan nikmat malam itu yang telah wujud sekian lama dalam peredaran masa.
Berhati-hatilah dalam menjalani kehidupan ini. Jangan terus mengharungii hidup yang diliputi oleh kegelapan, sebaliknya carilah cahaya yang terang benderang, jalan yang membawa anda ke arah kebahagian hidup di dunia dan akhirat.
Amin!
0 comments:
Post a Comment