SEMARAK AIDILFITRI KEKAL BERGEMA [1]
Ramadan telah berlalu. Aidilfitri juga telah pergi. Dan yang masih
tinggal ialah bulan Syawal di mana Aidilfitri itu menjelma dengan ketibaan
bulan tersebut yang menjadi tanda bahawa Ramadan telah berlalu.
Kebiasaannya dengan berlalunya bulan Ramadan itu bererti segala
amalan-amalan mulia yang kita penuhi dengan ibadat sepanjang bulan Ramadan juga
akan turut ghaib bersama hilangnya bulan Ramadan, di mana masjid-masjid dan
surau-surau akan menjadi sepi semula.
Sedangkan kita sepatutnya mengekalkan segala aktiviti-aktiviti agama yang
mulia yang telah kita hidupkan sepanjang bulan Ramadan yang lalu itu, maka
dengan itu barulah iman kita meningkat dan bererti bulan mulia Ramadan telah
memberi kesan yang lebih besar dan amat berguna kepada kita sebagai hamba
Allah yang sentiasa berusaha untuk mermprtingkatkan segala amal ibadat kita
dalam menjunjung segala titah perintah-Nya.
Ustaz Zainudin Hashim telah menggaris beberapa perkara yang perlu
dilaksanakan oleh kita sebagai umat Islam untuk meneruskan segala amalan-amalan
mulia yang dilakukan di sepanjang bulan Ramadan yang kebiasaannya dihentikan
bila Ramadan berlalu bersama-sama dengan Aidilfitrinya.
Menurut beliau perkara yang paling penting patut dilakukan ialah
memohon pertolongan dari Allah SWT supaya meneruskan pengurniaan taufik dan
hidayah, menetapkan iman, dan memperkasakan diri dengan ilmu pengetahuan agama.
Mengekalkan amalan takwa yang telah digarap ketika melaksanakan
ibadat puasa sepanjang bulan Ramadan yang lalu walaupun sudah memasuki bulan
Syawal sebagai bekalan setahun untuk menyambut ketibaan Ramadan akan datang.
Memperbanyakan amalan-amalan sunat yang telah dilakukan sepanjang
bulan Ramadan hingga menjangkau ke bulan Syawal dan bulan-bulan seterusnya
seperti solat-solat sunat, puasa sunat dan banyak berdoa.
Memperbanyakkan pergaulan dengan para salihin seperti dengan
menghadiri majlis-majlis zikir, nasihat, kaunseling dan tazkirah.
Mendalami maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai sejarah kehidupan
para anbiya, Nabi Muhammad saw., para sahabat, tokoh-tokoh sarjana Islam yang
terkemuka dalam aneka bidang ilmu pengetahuan yang pernah berjasa melonjakkan
Islam, samada menerusi pembacaan, mendengar kuliah atau cekera padat, kaset
agama dan sebagainya.
Memperbanyakkan mendengar kuliah-kuliah fardu ain di masjid atau di
surau secara langsung ataupun menerusi kaset dan cakera padat sebagai bahan
rujukan dan tambahan.
Memelihara tuntutan ibadat khusus seperti solat lima waktu,
mengqadakan puasa yang tertinggal kerana sakit, musasfir ataupun uzur syarie,
kerana ianya amat dituntut dilakukan dengan segera.
Memelihara amalan-amalan sunat seperti puasa enam dalam bulan
Syawal, bersedekah, menziarahi sanak saudara, jiran tetangga, sahabat handai
dan sebagainya.
Kita berharap dan berdoa semoga kita tetap menjadi hamba Allah yang beriman dan bertakwa di sepanjang hayat, di mana kita hidup sebagai seorang Islam tulen dan mati dalam keimanan yang murni yang memenuhi ruang lingkup langit dada kita.
Amin!
1 comments:
CASINO PORTROUGE LAUNCHES AT HOTEL-BETTING
The 평택 출장마사지 Hotel-Bar-A-Dining-Casino on 구리 출장샵 Friday announced its and its business in the casino resort hotel-casino, which 삼척 출장마사지 opened 군포 출장안마 in 이천 출장샵 1993.
Post a Comment